BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
ORDINAN PELAJARAN 1957
PERATURAN
DISIPLIN 1959
- Peraturan 4 (tanggungjawab Guru Besar atas disiplin)
- Peraturan 5 (kuasa-kuasa Guru Besar)
- Peraturan 6 (perwakilan kuasa oleh Guru Besar)
- Peraturan 8 (kuasa Guru Besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah)
- Peraturan 10 (rayuan)
- Peraturan 11 (catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah)
- Peraturan 12 (syarat masuk balik sekolah)
PEKELILING IKHTISAS
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968
- tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan
dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada
guru-guru besar.
2.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
- semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa
tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah
sekolah.
3.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001
- masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan
menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.
- semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin
dan berperanan membimbing murid-murid.
4.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003
-
kuasa guru merotan murid
5.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983
- mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang
melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan
pelajaran.
6.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1991
-
lapor kepada polis salah laku yang berbentuk jenayah.
7.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975
-
murid-murid menghisap rokok.
8.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1997
-
hukuman ke atas murid menghisap rokok.
9.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997
-
sekolah sebagai kawasan larangan merokok.
DATA DAN REKOD
Bertujuan untuk membantu pihak sekolah
dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas
serta peraturan-peraturan sedia ada. Operasi sistem ini terbahagi kepada dua iaitu web(online) dan android.
Comments
Post a Comment