BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Definisi pengurusan menurut:
- Stoner (1984) - Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
- Robbins (1984) - Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.
- Ahmad Mahdzan (2004) - Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti.
- Shukur (1988) - Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan amat penting untuk menambah pengetahuan,
meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendapatkan
keredaan Allah. Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah
dan sekolah.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah menurut Burden (2003), ia melibatkan
tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial
yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan
motivasi kendiri murid. Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu
dari segi pembelajaran, fizikal dan tingkah laku dan disiplin.
Strategi
pengurusan pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu:
- Berpusatkan guru - guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
- Berpusatkan bahan - guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya
- Berpusatkan pelajar - pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
PENGURUSAN SEKOLAH
Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada
mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang
berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi
lain. Antara ciri-ciri
yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir adalah kerana:
a) sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia.
b) kumpulan sasaran manusia
c) matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan.
d) manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah
negara.
PEMBELAJARAN
Definisi pembelajaran menurut:
- Gagne (1970) - Perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.
- Morgan & King (1975) - Sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.
- Woolfolk (1995) - Proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.
- Bigge (1982) - Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.
- Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah :
-
Perubahan pemikiran
-
Perubahan kebolehan
-
Perubahan tingkah laku
-
Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang
dan diamalkan
- Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan
kesan lebih bermakna.
Prinsip pembelajaran menurut Shahabuddin (2006), ia merujuk
kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah. Terdapat 9 jenis prinsip
pembelajaran iaitu kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif,
bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid dan unsur
dorongan. Terdapat 5 faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu
kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran
dan akhir sekali pengalaman sedia. Jenis-jenis pembelajaran terbahagi kepada
dua iaitu memproses maklumat dan menggunakan pengalaman. Memproses maklumat melibatkan
usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan, mengelas rangsangan, membina
konsep, dan membina prinsip. Menggunakan pengalaman pula melibatkan
pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran, dan menyelesaikan masalah.
Seterusnya bagi proses pembelajaran, ianya bermula dengan penanggapan iaitu
membentuk persepsi terhadap rangsangan yang diterima pancaindera. Maklumat yang
diproses akan disimpan sebagai pengalaman atau ingatan sekiranya berguna. Pengalaman
dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi
sesuatu tafsiran. Sekiranya pengalaman tidak digunakan ia akan hilang dan akan dilupakan.
Namun, sekiranya pengalaman
tersebut diproses selalu, ditokok tambah dan diperbaharui, ia akan kekal dalam
ingatan.
Comments
Post a Comment