BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Fungsi pusat sumber adalah untuk mendapatkan informasi, inspirasi dan rekreasi. Antara objektif pusat sumber adalah pemupukan tabiat pelajar, penghasilan bahan dan perkhidamatan pembelajaran. Fungsi pusat sumber adalah mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Pusat sumber berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Ia juga merupakan tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan. Antara ciri-ciri pusat sumber yang berkesan adalah terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS dan mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik. Terdapat beberapa langkah untuk pembentukan PSS yang berkesan antaranya adalah, penubuhan AJK dan perlantikan kaki tangan, rancangan pengurusan perkhidmatan, latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas) dan pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan. Dalam sebuah PSS, sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitu perkakasan (hardware) dan bahan (software). Bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Bahan cetak ialah bahan yang tercetak secara mekanikal atau elektronik ke atas kertas, kad atau kertas tebal contohnya buku tujukan, surat khabar dan majalah. Bahan bukan cetak pula terdiri daripada bahan kos murah dan bahan 3 dimensi seperti permainan dvd.
Kaedah
pembelajaran berasaskan sumber meliputi satu mata pelajaran tertentu atau
melibatkan berbagai disiplin pelajaran. Ianya akan dibimbing oleh guru dan
berpusat kepada murid. Kaedah pembelajaran ini bersifat individu atau secara
kumpulan dan menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.
Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber adalah aktiviti pembelajaran memberi
penekanan kepada sumber pendidikan. Pembelajaran berasaskan sumber juga
melibatkan pelajar untuk belajar secara aktif dan turut memberi peluang kepada
pelajar untuk belajar mengikut keupayaan.
Comments
Post a Comment