BAB 5: PENGURUSAN MURID

Kad rekod persekolahan murid sekolah mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid. Ianya merupakan buku rekod maklumat murid. Kandungan yang terdapat pada kad rekod persekolahan murid sekolah adalah rekod peribadi, keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan, minat/kecenderungan, rekod kesihatan dan rekod penyakit kronik. Namun, penggunaan kad rekod persekolahan murid sekolah ini telah dimansuhkan bermula 1 Januari 2017. Kini, semua maklumat murid disimpan dalam talian. Antara kepentingan rekod murid adalah ianya untuk menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid dan membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan. Kepentingan maklumat murid kepada guru pula adalah untuk mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran. Ia juga membantu untuk menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid
Peranan guru kelas adalah untuk mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga. Guru kelas juga hendaklah memastikan rekod murid keluar masuk sekolah dikemas kini. Guru kelas juga perlu melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT). Peranan guru data pula adalah untuk membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

 Rajah 1 menunjukkan jenis perbezaan murid

KESEDIAAN BELAJAR
Kesediaan belajar bermaksud keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Kesediaan belajar terbahagi kepada tiga iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir. Kesediaan afektif pula merupakan sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Akhir sekali, kesediaan psikomotor adalah penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar

MEMOTIVASIKAN PELAJAR
Konsep motivasi adalah tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri. Ianya akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.

 Rajah 2 menunjukkan hubungan motivasi murid dan pembelajaran
Terdapat dua teknik dalam memotivasikan pelajar iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. Teknik intrinsik merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Ianya berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran. Teknik ekstrinsik pula diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. 

Comments

Popular Posts