BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Konsep bilik darjah pada dasarnya adalah sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Terdapat empat jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas (KBSM) dan bilik darjah terbuka. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah adalah antara rutin bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, melakukan rutin bilik darjah pada waktu yang telah ditetapkan dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar dan pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.

MENYIMPAN REKOD
Penyimpanan rekod merupakan satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data seseorang pelajar. Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal. Syarat-syarat rekod adalah, rekod mesti digunakan, boleh diperoleh dengan mudah, lengkap dan mesti menyatakan perkara yang benar.

KLASIFIKASI SUMBER PEMBELAJARAN
Dikelaskan kepada empat jenis iaitu :
  • Sumber asas
  • Sumber bukan elektronik
  • Sumber elektronik
  • Sumber yang bercorak pengalaman
Kriteria Memilih Sumber:
  • Tujuan
  • Kesesuaian
  • Kemudahan Memperoleh
  • Kepentingan Sumber Pembelajaran
FAEDAH RUTIN BILIK DARJAH
Alat bantu mengajar mempunyai 5 tujuan utama iaitu:
  1. Memberi rangsangan.
  2. Menjelaskan penerangan.
  3. Menjimatkan masa.
  4. Mempelbagaikan kegiatan.
  5. Menyeronokkan pelajar.
INTERAKSI BILIK DARJAH
Konsep interaksi adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Konsep bilik darjah pula adalah tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jenis-jenis interaksi bercorak lisan adalah:
            1.      Interaksi sehala atau tradisional
-      Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas
-        Ciri-ciri:
  • Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
  • Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
  • Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif.
      2.    Interaksi dua hala antara guru dan murid
-   Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
-        Ciri-ciri:
  • Aktiviti bercorak aktif.
  • Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat.
  • Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.
      3.    Interaksi dua hala antara murid dan murid
                  - Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan,                                      sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.
-        Ciri-ciri:
  •      Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
  •      Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
  •      Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
  •      Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.
      4.    Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

-   Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
-        Ciri-ciri:
  • Komunikasi berkesan berlaku.
  • Penyertaan aktif murid dalam P&P.
  • Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P.
      5.    Interaksi berkomputer

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas adalah:
  1. Susunan bilik darjah.
                  -          Terdapat 3 jenis susunan meja dan kerusi iaitu:
  •      Susunan Tradisi
  •      Susunan Horse Shoe
  •      Susunan Madular

            2.      Keadaan emosi bilik darjah
-          Suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif.
            3.      Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
-          Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)
-          Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
-          Gaya Laissez Faire – Kebebasan penuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai)
            4.      Penggunaan kaedah kumpulan
-    Pelajar berfikir, merancang, melaksana dan menilai kerja dengan semangat gotong-royong.
            5.      Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
-          Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas.
            6.      Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
-          Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.
            7.      Guna alat bantu mengajar berteknologi
-          Slaid, pita video, rakaman dll
-          Mudahkan proses P&P
-          Diminati oleh pelajar
            8.      Lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah
-          Sesi bimbingan – guru sebagai kaunselor
            9.      Sikap guru yang baik
-          Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan dan peluang bekerja sendiri

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P & P yang berkesan. Ianya terbahagi kepada tiga suasana iaitu fizikal, sosial dan emosi.
KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
Dalam konteks hubungan sesama manusia, komunikasi bermaksud mencari persamaan maklumat dan pengalaman antara individu yang sedang berinteraksi dapat dikongsi bersama (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1999). Menurut Sillars (1999), Komunikasi ialah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat. Menurut Hamilton Gregory (1997), Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat daripada satu pihak (penyampai) kepada satu pihak lain (penerima). Dalam konteks p&p, komunikasi merupakan proses penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan daripada guru kepada murid. 



Comments

Popular Posts