BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Perancangan perlu dilakukan untuk
memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif/matlamat dan untuk
menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi kepada dua bentuk iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit
melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui dan menghargai
sesuatu yang telah diajar. Objektif eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah
laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan dan memberikan
contoh.
BUKU REKOD MENGAJAR
Buku himpunan pelan tindakan guru
sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib
mengandungi dua perkara penting:
1.
Rancangan Pelajaran Tahunan.
2.
Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. Isi
ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan.
PENGURUSAN KELAS
Merupakan tanggungjawab guru dalam
menguruskan kelas. Guru bertanggungjawab untuk menguruskan rutin kelas,
mengutip yuran, mengurus keadaan
fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P dan menyedia, mentafsir dan
menyimpan rekod pelajar.
KAJIAN DI SEKOLAH
Bartlett (2001) berpendapat kajian
bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis
data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian
dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
Kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan
pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang
berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan
pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
PROGRAM PERANTIS GURU 1&2
Program ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah. Ianya terbentuk
berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada guru untuk menyesuaikan diri,
merekod pengalaman melalui folio dan mengumpul maklumat tentang pengurusan,
kurikulum dan prasarana. Bidang tumpuan tugasan PPG adalah pengurusan,
prasarana, kurikulum/program bimbingan dan kaunseling dan kokurikulum. Antara
aspek-aspek yang difokus semasa menjalani PPG adalah penglibatan dalam aktiviti
sebagai guru pembantu, pengurusan bilik darjah dan perancangan dan pengajaran.
Comments
Post a Comment