BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



Rajah 1 menunjukkan carta organisasi sekolah


Rajah 2 menunjukkan struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran
Guru Kanan Mata Pelajaran berperanan untuk mentadbir dan mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya. Mereka juga perlu memastikan pengajaran & pembelajaran yang berkesan. Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. Pengetua juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Tugas Guru Penolong Kanan pentadbiran (GPK 1) pula adalah menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya. GPK 1 juga bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Seterusnya, tugas guru kaunselor adalah menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada.


Comments

Popular Posts