BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori sosial pelbagai budaya terbahagi kepada tiga iaitu melting pot 1: Anglo Conformity, melting pot 2: Ethnic Synthesis dan cultural pluralism: Mosaic Analogy.

            1.      Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity
-     Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minority.
            2.      Melting Pot II: Ethnic Synthesis
-    Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
            3.      Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
                        -    Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti                                      budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Banks (1989), kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan. Pendidikan pelbagai budaya menurut Saha (1997), ianya merupakan proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan, dan proses.

DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

Rajah 1 menunjukkan dasar pendidikan pelbagai budaya di Malaysia
            1.      Laporan Barnes (1951)
                       -        matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan                                    pelbagai kaum.
            2.      Laporan Fenn-Wu (1951)
-   dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya, menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.
            3.      Ordinan Pendidikan (1952)
-       matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa ibunda di sekolah vernacular Cina dan Tamil.
            4.      Akta Pendidikan (1961)
-    sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini.
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya menurut:
            1.      Banks (1989)
-    Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.
            2.      Najeemah (2007)
-     Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
          

Comments

Popular Posts