BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana pembelajaran yang positif dan dapat menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Aktiviti pembelajaran bilik darjah terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan psikososial.
Rajah 1 menunjukkan
pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah
Pengurusan
psikososial dalam bilik darjah pula merujuk kepada hubungan antara keperluan
emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Faktor yang mempengaruhi
psikososial bilik darjah adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru dan
bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah.
PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
Pengurusan pembelajaran berpusatkan kepada tiga bahagian iaitu berpusatkan guru, bahan dan pelajar. Jenis pengajaran dalam pengurusan
pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu berkumpulan dan individu. Aktiviti
pengajaran berkumpulan merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar
menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Tujuan pengajaran berkumpulan adalah untuk
memudahkan guru membimbing murid dan menggalakkan penglibatan aktif individu.
Bentuk pengajaran berkumpulan terbahagi kepada tiga iaitu mengikut kebolehan,
pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Kumpulan mengikut kebolehan terdiri
daripada pelajar yang sama kebolehan. Kumpulan pelbagai kebolehan pula terdiri daripada
pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. Manakala,
kumpulan mengikut minat pula berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
Bagi
pengajaran individu pula, seperti yang kita ketahui setiap murid memiliki
perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Antara
objektif pengajaran dan pembelajaran individu ialah murid dapat menguasai
kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan
masing-masing. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi
untuk belajar.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi P&P
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan
pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif. PBD bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka. PBD adalah penting untuk mengesan perkembangan
murid secara menyeluruh dan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
dalam pembelajaran.



Comments
Post a Comment