BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi berasal daripada perkataan latin “sosio” yang bermaksud “berkongsi”. Sosiologi juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat’. Menurut Zanden (1996), sosiologi adalah kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Menurut Jary&Jary(1993), sosiologi adalah kajian saintifik mengenai masyarakat dari segi fungsi, bentuk organisasi sosial dan perkembangan budaya. Menurut Gidden (1993) pula, sosiologi adalah kajian saintifik mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan dan masyarakat dan akhir sekali menurut Water (1994), ianya merupakan fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia. Tisher, Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi ialah kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial. Fokus utama sosiologi adalah kumpulan dan bukannya individu. Menurut Amir Hasan (2002), sosiologi merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Antara tokoh-tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun (1332-1406), Auguste Comte (1798-1857), Karl Max (1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917), Max Weber (1864-1920) dan George Herbert Mead (1863-1931). Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Perspektif sosiologi terbahagi kepada dua iaitu mikro (bersifat kecil dan individu) dan makro (bersifat besar, kompleks dan berfokuskan masyarakat). Terdapat tiga jenis teori utama bagi sosiologi iaitu teori interaksionisme, teori fungsionalisme dan teori konflik. Teori fungsionalisme dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857) dan menekankan bahawa fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat. Teori konflik dipelopori oleh Karl Max (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1894-1920) dimana teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Teori konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya. Teori interaksionisme dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat 7 prinsip asas dalam teori interaksionisme.
PENDIDIKAN
Pengertian pendidikan menurut:
- Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
- John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
- Amir Hasan (2006) - proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama.
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Sosiologi Pendidikan merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pembelajaran dan pengajaran.

Comments
Post a Comment