BAB 10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Bimbingan bermaksud proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Penasihatan pula merupakan proses menasihati individu atau kumpulan. Manakala mentoring adalah proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada kaunselor adalah kepercayaan kepada klien, penglibatan diri, pengetahuan dan kemahiran dan akhir sekali, konsep kendiri yang positif. Kemahiran bimbingan dan penasihatan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran melayan dan mendengar dan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran komunikasi berkesan pula terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi tanpa lisan (non-verbal).
Jadual 1 menunjukkan
perbezaan antara penasihatan dan kaunseling.
TEKNIK DAN STRATEGI DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Teknik dan strategi yang bersesuai sangat penting
dalam menangani permasalahan pelajar. Ianya membantu guru dalam proses memberi
kesedaran kepada pelajar untuk memperbaiki pemikiran, perasaan, sikap dan
tingkahlaku ke arah yang positif. Terdapat tiga jenis teknik yang digunakan iaitu
teknik pendekatan afektif, teknik berasakan pendekatan behavioural dan teknik
berasaskan pendekatan kognitif. Antara kebaikan dalam penggunaan teknik ini
adalah ia akan menjadikan proses lebih efektif, menceriakan dan menghidupkan
sesi, mewujudkan suasana teraputik dan memudahkan cara.
Comments
Post a Comment